Thursday 1 October 2015

سورة الأنعام اية 125


Surah Al-An’am ayat 125

فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ (125)

Maksudnya: Barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk menerima islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.

……………………………………………………………………….

Rasulullah S.A.W pernah ditanya orang ramai mengenai ayat ini, iaitu:
“Bagaimana Allah membukakan hati seseorang itu, ya Rasulullah?”
Jawab baginda:  نور يقذف فيه فينشرح له وينفسح

Ada cahaya yang disinarkan ke dalam hatinya, sehingga terbukalah ia dan menjadi lapang.
Tanya mereka lagi: adakah yang demikian itu mempunyai tanda yang boleh dikenali?

Jawab baginda:  الإنابة إلى دار الخلود، والتجافي عن دار الغرور، والاستعداد للموت قبل لقاء الموت  
Kembali ke negeri yang kekal, menjauhi (larangan) dari negeri yang memperdayakan dan bersedia pula untuk mati sebelum kedatangan ajal.

Maksud dari hadis ini ialah: tanda orang yang dibukakan hatinya oleh Allah ialah:

- Dia lekas bertaubat untuk kembali ke negeri yang kekal iaitu akhirat

·         - Dia lekas menjauhi segala larangan yang bersifat memperdayakan di dalam dunia
·         - Dia lekas menyediakan pelbagai bekalan untuk akhirat sebelum ajalnya sampai.

……………………………………………………………………………………..
كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ
Maksudnya: seolah-olah ia naik ke atas langit.

Yakni: orang yang tersesat tidak mendapat petunjuk itu telah diumpamakan oleh Allah, seperti orang yang naik ke atas langit. Semakin dia ke atas semakin tidak berdaya untuk bernafas (sesak dadanya dan senak kerana kehabisan oksigen). Akhirnya kalau dia terus juga naik, tentulah akan mati.

Ayat ini selain merupakan perbandingan antara orang yang lapang dadanya dengan yang sempit untuk menerima islam sebagai agama, juga merupakan rahsia yang sangat berharga dalam bidang pengetahuan sains.

1.    Telah didapati dengan sah akan adanya tekanan2 udara yang berbeza-beza di berbagai-bagai lapisannya.

2.    Lapisan di bahagian atas adalah lebih tipis berbanding lapisan di bahagian sebelah bawah.

3.    Manusia yang ingin naik ke atas, semakin tinggi dia naik, semakin kehabisan oksigen. Sedang oksigen diperlukan untuk pernafasan.

4.    Jika manusia sudah kehabisan oksigen, dadanya akan menjadi sesak dan perjalanan nafasnya terganggu.


5.    Hal ini merupakan sebab mengapa setiap penerbang dan angkasawan perlu dibekalkan dengan oksigen yang secukupnya supaya membolehkan mereka bernafas semasa berada di lapisan udara yang tipis itu.






No comments:

Post a Comment