Friday 16 May 2014

akhlak mulia jambatan ke syurga....

betapa beruntungnya jika kita berakhlak mulia.....

ia merupakan asas yang terpenting kerana keselamatan masyarakat,kekuatan,kemuliaan dan kewibawaan peribadi-peribadinya sangat bergantung sejauh mana mereka berpegang dengan akhlak mulia...

ajaran akhlak ini telah ditunjukkan oleh suri teladan umat,nabi muhammad s.a.w yang telah dijelaskn oleh allah dengan firmannya
"dan sesungguhnya engkau benar2 berada di atas akhlak yg mulia."
(al-qalam:4)

sa'ad bin hisyam pernah bertnya kepada aisyah r.ha. tntg akhlak rasulullah,maka aisyah r.ha.mnjawab:
"akhlak nabi ialah Al-quran"
lalu sa'ad berkata ,
"sungguh saya ingin berdiri dan tidak lagi menanyakan sesuatu yang lain."(riwayat muslim)

akhlak mulia juga salah satu perkara yang paling bnyk memasukkan manusia ke dalam syurga.
seperti sabda nabi muhammad s.a.w:
daripada abu hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w pernah ditnya tntg perkara yang paling bnyk memasukkn manusia ke dalam syurga,maka baginda menjawab,
"bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia."

sementara ketika ditnya tntg perkara yang paling bnyk memasukkan manusia ke dlm neraka,baginda menjawab,
"mulut dan kemaluan"

siapa mahu ke syurga?
ada tiket mudah..salah satunya berakhlak mulia...
jadi...jom sama2 kita bina akhlak yng mulia...
moga-moga Allah mudahkan urusan kita ke arahnya...
amiin...

sumber:kembara hamba mencari cahaya:hilal asyraf...

Thursday 15 May 2014

ujian amali dan temuduga bahasa arab(sk) IPG....

salam fastabiqul khoirot dengan lafaz assalamualaikum buat semua pencinta ilmu...

ok..entry kali ni berkaitan dengan ipg!

as usual saya akan membahasakan diri saya akak dan adik sbb saya rasa entry saya ini insyaAllah bermanfaat pada adik2 yang akan memohon masuk ke ipg tahun akan datang...

buat adik2 yang telah lulus ujian kelayakan calon guru...adik2 akan menjalani temuduga...

bagi adik2 yang mengambil ba dan pendidikan islam...adik2 akan menjalani 2 sesi iaitu ujian amali dan temuduga...

pendidikan muzik tak silap akak,ada ujian amali juga tapi akak tak pasti sgt sbb akak ambil ba.

bagi jurusan selain itu hanya akan menjalani temuduga...

apa yang akak ceritakan ni adalah dari pengalaman akak menghadiri temuduga ipg bagi course bahasa arab(sk)

macam yang akak katakan tadi course ba dan pi akan ada ujian amali dan temuduga...

akak terangkan satu2....

ujian amali:

ok..dalam ujian amali...adik2 akan diuji dari segi al-quran dan tajwid,fardhu ain,kemahiran bina ayat ba daripada gambar yg diberikan dan kemahiran menulis jawi...

masa akak ujian amali...apa yg disuruh panel temuduga pada akak ialah:

  • baca al-quran dengan fasih n tajwid yang betul
  • lakonkan cara tayammum
  • apa 3 puasa yang wajib dilakukan? (puasa pada bulan ramadhan,qada puasa,puasa nazar)
  • buat ayat ba daripada gambar peta malaysia di whiteboard
  • tulis dengan tulisan jawi perkataan yang disebut oleh panel temuduga di whiteboard

temuduga

temuduga ni akak tahu mesti ramai yang takut..akak pun tak terkecuali..tapi akak rasa kita kena tenang baru kita akan dapat jawab dengan baik...tarik nafas hembus...repeat and repeat again...
baca selawat banyak2..baca surah al-insyirah banyk2.mohon Allah permudahkan...temuduga ni dijlnkn by group...

ok masa akak temuduga pulak antara yang akak kena buat:

  • perkenalkan diri...
  • kenapa nak jadi guru bahasa arab
  • tengok video dan ulaskan klu blh relatekan dengan pendidikan(video tulisan jawi yang makin pupus )
  • bercakap dalam bahasa arab mengenai apa2 perkara...
adik2 kena bnyk bercakap...tonjolkan diri..tpi jgn sampai adik2 conquer semuanya...bagi peluang pada rakan yang lain...
klu blh adik2 lead perbincangan antara kawan2 masa temuduga tu...
hargai pandangan orang lain...klu nak bantah,bantah secara hormat dan baik...
and the rest,kita usaha dengan berdoa,solat hajat dan sebagainya....

moga2 akak,adik2 dan kawan2 yang lain akan terpilih untuk belajar di ipg...

amiin ya rabbal 'alamin....



Wednesday 16 April 2014

ujian kelayakan calon guru 2014...

assalamualaikum...

salam fastabiqul khoirot buat semua...

kali ni saya nak kongsi tentang ujian kelayakan calon guru.mungkin entry saya ni dapt dimanfaatkan oleh adik2 tahun akan dtg yang memohon untuk mnjadi guru...terutama di ipg...

okay...jadinya entry kali ni saya nak bahasakan diri saya akak dan adik...

untuk pengetahuan adik2....ukcg ni akan terbahagi kepada 2 ujian...

  •  ujian bertulis
  • ujian kecergasan
apa yang akak kongsi ini mengikut pengalaman akak sendiri semasa mengikuti ukcg tahun 2014...

ujian bertulis


dalam dewan yang akan adik masuk dah disediakn borang objektif untuk semua calon...
arahan akan diberi oleh pensyarah ipg...dengar arahan baik2...klu tak faham angkat tgn dan tnya.
buku soalan akan diedarkan lepas tu...

dalam buku soalan tu ada 2 bahagian
bahagian A dan bahagian B...
jawab soalan tu semua dalam borang objektif yang disediakan bukan dalam buku soalan.
ok...
bahagian A ada 135 soalan...soalannya berkisar tentang personaliti diri guru...
klu adik ada kelapangan cubalah jawab soalan insak sebelum pergi ukcg..sbb bagi akak ada berkaitan sedikit dengan ujian bertulis tu...

bahagian B pula ada 60 soalan..untuk bahagian b ni akak tak pasti soalannya berkisar tntg apa...
mungkin bahagian B ni nak tengok kita ni dalam keadaan realiti ke fantasi..
jawapannya ada 4:


  1. sangat benar
  2. benar
  3. sangat tidak benar
  4. tidak benar
lebih kurang mcm tu lah...
ujian bertulis ni masa diperuntukkan cuma 45 minit je..
jadi mmg kena rush..klu tak takut tak smpt jwb...yg penting fokus dan tangkas tanda jawapan...

ujian kecergasan fizikal

ok..ujian ni bagi akak atlet sukan sekolah insyaAllah boleh lepas...tpi yang tak atlet mcm akak pun jgn risau blh juga lepas...yg penting yakin..buat sungguh2..insyaAllah boleh...

ujian kecergasan ni mula2 dia akan timbg berat dan ukur tinggi...untuk check bmi rasanya...
pastu akan ada 4 aktiviti sukan....
  1. bangkit tubi bervariasi(ada 5 cara bgn dari bngkit tubi)
  2. kilas sisi
  3. lompat kuadran
  4. bleep test
bleep test ni mmg kena ada stamina tinggi...sapa yg atlet merentas desa insyaAllah boleh buat dgn baik...
untuk perempuan tak silap akak..level 4 dah boleh dpt markah penuh
untuk lelaki level 6 bru dapat markah penuh...

untuk kilas sisi dan lompat kuadran buat sebnyk yg blh...lagi bnyk buat lagi bnyk dpt markah..
bangkit tubi tu klu dpt buat lima2 tu dah dpt mrkh penuh... :)

ukcg ni bru saringan pertama untuk msk ipg...moga2 akak,kawan2 dan adik2 akan lepas semua saringan dan dpt bljr di ipg jika itu yg terbaik untuk kita...amiiin... :)