Friday 16 May 2014

akhlak mulia jambatan ke syurga....

betapa beruntungnya jika kita berakhlak mulia.....

ia merupakan asas yang terpenting kerana keselamatan masyarakat,kekuatan,kemuliaan dan kewibawaan peribadi-peribadinya sangat bergantung sejauh mana mereka berpegang dengan akhlak mulia...

ajaran akhlak ini telah ditunjukkan oleh suri teladan umat,nabi muhammad s.a.w yang telah dijelaskn oleh allah dengan firmannya
"dan sesungguhnya engkau benar2 berada di atas akhlak yg mulia."
(al-qalam:4)

sa'ad bin hisyam pernah bertnya kepada aisyah r.ha. tntg akhlak rasulullah,maka aisyah r.ha.mnjawab:
"akhlak nabi ialah Al-quran"
lalu sa'ad berkata ,
"sungguh saya ingin berdiri dan tidak lagi menanyakan sesuatu yang lain."(riwayat muslim)

akhlak mulia juga salah satu perkara yang paling bnyk memasukkan manusia ke dalam syurga.
seperti sabda nabi muhammad s.a.w:
daripada abu hurairah r.a bahawa rasulullah s.a.w pernah ditnya tntg perkara yang paling bnyk memasukkn manusia ke dalam syurga,maka baginda menjawab,
"bertakwa kepada Allah dan berakhlak mulia."

sementara ketika ditnya tntg perkara yang paling bnyk memasukkan manusia ke dlm neraka,baginda menjawab,
"mulut dan kemaluan"

siapa mahu ke syurga?
ada tiket mudah..salah satunya berakhlak mulia...
jadi...jom sama2 kita bina akhlak yng mulia...
moga-moga Allah mudahkan urusan kita ke arahnya...
amiin...

sumber:kembara hamba mencari cahaya:hilal asyraf...

No comments:

Post a Comment